005

header ads

ACARA BACA PUISI NANGGALA 402 SECARA DALAM TALIAN


ACARA BACA PUISI NANGGALA 402 SECARA DALAM TALIAN

Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama Talenta Indonesia, Universitas Sumatera Utara (USU), Perkumpulan Rumah Seni Asnur (PERRUAS) dan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) akan menganjurkan Acara Baca Puisi Nanggala 402 secara dalam talian pada hari Sabtu, 8 Mei 2021 jam 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam (waktu Malaysia).  Acara ini akan dibuat melalui aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung melalui Facebook PEMUISI BERKARYA.

Tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia yang hilang dan tenggelam di perairan Bali pada Rabu, 21 April 2021 serta mengorbankan seramai 53 anggota kru telah menggemparkan masyarakat bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh dunia.  Sebagai pembawa misi ‘Suara Kemanusiaan Sejagat’, PEMUISI turut berdukacita atas kejadian ini dan ia telah menggerakkan PEMUISI menganjurkan acara ini sebagai menzahirkan kesedihan melalui bacaan puisi. 

Seramai 30 orang peserta dari enam buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Korea akan menyertai acara ini.  Peserta dari Malaysia termasuk  dua Sasterawan Negara iaitu YBhg Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh dan YBhg Dato’ Dr. Zurinah Hassan serta Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Tokoh Wartawan Malaysia, YBhg Tan Sri Johan Jaaffar.

Manakala Indonesia pula diwakili oleh antara lain Profesor Madya Drs. Siamir Marulafau dari USU, Asrizal Nur dari PERRUAS dan Sastri Bakry, Ketua Sumbar Talenta.

Acara ini akan dirasmikan oleh Penaung PEMUISI, YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr). Hamad Kama Piah Che’ Othman.

Sumber Gambar: @alvinxki | Instagram

#aktivissastera

Posting Komentar

0 Komentar