005

header ads

Puisi Asrizam Esam | Sajak Buat Aku

 Puisi Asrizam Esam|

Sajak Buat Aku


Dikala jam 1 pagi.

Pertama kali aku mencoret 

Sajak buat aku

Diksi gentayangan di ruang otak

Cepat cepat ku tangkap 

Dan ku tulis menjadi sebuah puisi 

Tapi asyiknya masih kaku


Di dalamnya cuba membungar isi hati

Meluah semua macam rasa 

Memugar marah, mengacak sunyi, membenci takut dan hiba

Tidak berjumpa dengan yang namanya gembira

Berlindung dibalik kata kata

Masih takut mendepan sisa nyata


Kutulis bukan untuk sesiapa

Bukan menyumpah datangnya sakit

Bukan himpitan di tempat kerja

Apatah lagi menyumpah negara

Kepalang iri pundak sendiri


Dikala jam 2 pagi

Siap.

Meski polos namun aku bangga 

Kerna sajak ini, aku ciptakan buat aku




24/4/2022

 Kajang Malaysia

Asrizam Esam



Asrizam Esam, berasal dari Kajang Selangor Malaysia. Bertugas di Universiti Putra Malaysia. Mengurus inovasi namun meminati penulisan kreatif. Penulis baharu yang masih mencuba dan karya pernah tersiar di akhbar utama, media maya, majalah, dan  antologi puisi.






Posting Komentar

0 Komentar