005

header ads

Puisi Ghazali Sulong |  KOTA LABAH-LABAH


semuanya tidak ada.

upaya hanyalah kuasa

yang dikongsi sementara

antara kasmaran.


tidak perlu perjanjian setia.

ideologi hanyalah perangkap

dipasang sebagai kumbangan gula.


kota ini telah dipenuhi.

sarang labah-labah

dari liur dan serakah.



Ghazali Sulong

Rantau Panjang, Kelantan,

Malaysia.

13 April 2022



 


Di lahirkan di Kg. Berangan, Tumpat, kelantan, Malaysia. Pesara guru dan jawatan terakhir sebagai pengetua di SMK. Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan. Mula aktif menulis sekitar tahun 1981 - 1986 dalam puisi, rencana dan kritik sastera. Karya pernah tersiar dalam Dewan Sastera, Majalah Dian, Mastika dan Akhbar Berta Minggu. Kerana kekangan kerja aktiviti tersebut terhenti sehinggalah kembali serius menulis sejak 2019 sehingga sekarang. Tumpuan hanya dalam penulisan sajak.

Posting Komentar

0 Komentar