005

header ads

PUISI: WAKTU YANG MERUBAH SEGALANYA | Ghazali Sulong

PUISI: WAKTU YANG MERUBAH SEGALANYA | Ghazali Sulong


dengan cermat dilukisnya

bunga-bunga baugainvillea 

di musim dingin yang kering. 


bau kasih mengharum 

namun nafsumu merindui 

becak hujan yang rontok 

mengetuk-getuk keras 

pintu kaca dan semu 

di kanvas.


paginya kau simpan lukisan-lukisanmu

bersama waktu yang merubah semuanya 


sesukanya.




Ghazali Sulong

Rantau Panjang, Kelantan

Mallaysia.

Di lahirkan di Kg. Berangan, Tumpat, kelantan, Malaysia. Pesara guru dan jawatan terakhir sebagai pengetua di SMK. Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan. Mula aktif menulis sekitar tahun 1981 - 1986 dalam puisi, rencana dan kritik sastera. Karya pernah tersiar dalam Dewan Sastera, Majalah Dian, Mastika dan Akhbar Berta Minggu. Kerana kekangan kerja aktiviti tersebut terhenti sehinggalah kembali serius menulis sejak 2019 sehingga sekarang. Tumpuan hanya dalam penulisan sajakrisakti

Posting Komentar

0 Komentar