005

header ads

Pejuang Seni, Puisi: Ooi Kean Hong (Malaysia)

 


Ooi Kean Hong

PEJUANG SENI

 

Pena umpama keris

menghunus bukan membunuh

berbakti demi sastera

yang takkan ditelan

yang takkan hilang

yang takkan luput

tak kira aliran masa dan darjat.

 

Rentangkan bahtera

nakhoda segala tulisan

tanpa sempadan,

tiada halangan,

hanya pena dan

kertas buat jawapan.

 

Tiada noktah

Tiada nisbah

Tiada tongkah

Tiada lumrah.

 

Tulis dari hati

pelita gelap semi

segala hasil bukan pasti,

Bacaan sanubari

imbasan semi peti hati.

 

Ooi Kean Hong (Stevinc Boy)

Pulau Mutiara

(Bayan Lepas, Pulau Pinang)

 

Tentang Penulis:

Ooi Kean Hong (Stevinc Ooi), sering menulis dengan memakai nama pena Steveic Boy. Seorang warga pengajar di Malaysia, menetap di Negeri Pulau Mutiara. Mula berjinak pelbagai genre penulisan seperti puisi, sajak, gurindam, haiku dan tanka, pantun, cerpen, anekdot.

No HP: +60 18-203 8775

 

Posting Komentar

0 Komentar