SECANGKIR NELAYAN
DALAM KOPI KEHIDUPAN
Dalam kopi ikhlas
ada perahu emas
mendayung sesudu lemas
hidup dengan ikan
bebas
aroma buih-buih manis
baju tidak pernah
kemas
basah deras lautan
luas
rezeki indah bulan
sebelas
titik lelah Tuhan
balas
segala kudrat hampir
terjejas
tiap musibah ada
secangkir ruas
telan pahit syukur
bertunas
Karya;
Gabriel Kimjuan
Kg. Pulau Akar,
Labuan, Malaysia.
Gabriel Kimjuan
penulis kelahiran tahun 1988. Seorang penulis muda Persatuan Penulis Wilayah
Persekutuan Labuan (PERWILA). Karya beliau pernah tersiar di Utusan Borneo, New
Sabah Times, Harian Ekspres, Sinar Harian, Suara Sarawak, Mingguan Malaysia,
Utusan Malaysia, Berita Harian dan Selangor Kini. Malah, karya beliau juga
pernah tersiar di majalah Wanita, Wadah, Tunas Cipta, Dewan Budaya dan di
corong radio Malaysia, Labuan FM. Aktif berkarya di laman sosial facebook.
Mempunyai 81 buah buku antologi bersama dan 100 karya eceran. Pernah menerima
Anugerah Penulis Muda PERWILA tahun 2015. Pemenang anugerah ASEAN E-WRITER
AWARD oleh E-Sastera Malaysia tahun 2016 dan Anugerah Aktivis Susastera tahun
2020 dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Mempunyai dua buah kumpulan
puisi antaranya Benang Merah (2015) dan Bilik Istimewa (2017). Tahun 2019 sudah
terbitkan sebuah buku baharu kumpulan puisi ketiga iaitu Sajak Bekerja
0 Komentar
Kirimkan Artikel dan Berita seputar Sastra dan Seni Budaya ke WA 08888710313