005

header ads

Puisi SEBONGKAH KAYU HANYUT | Nordin Hashim

  

SEBONGKAH KAYU HANYUT

| Nordin Hashim

Sebongkah kayu hanyut

terdampar sepi di pinggir pantai

atau tersadung di akar sungai

lalu dipungut oleh sang Pengukir

dicuci dan diukir sebuah arca

menjadi seni yang bernilai


sebongkah kayu yang terbiar

reput di pinggir sungai

tidak dipedulikan oleh si Pengukir

sunyi sendirian

mengharap simpati

untuk kembali berseri


Begitulah kehidupan ini

perlu usaha dan pelihara diri 

digilap sentiasa seteguk cahaya

agar bersinar dan berharga


Sebongkah kayu hanyut

sekuat jati dan kukuh

ke mana-mana di bawa arus

tetap bernilai


Nordin Hashim

Taman Bertam Indah

 










SEBELUM PULANG

Ini bukan kampung halaman kita

untuk menetap dan kekal

kerana halaman rumah kita terlalu indah

jauh di sana

berabad-abad untuk menuju ke sana


Kita perlu membawa bekalan

yang perlu kita persiapkan di sini

kerana di sini adalah ladang

menegak tiang ketakwaan

dalam sujud, dalam sedekah 

menjalinkan persaudaraan

untuk dituai di kampung sana


Di ladang ini

kita siram keimanan

kita subur kesyukuran

kita halang kemungkaran

agar beroleh keberkatan


Di halaman asal kita

akan melihat kebenarannya 

 


Nordin Hashim

Taman Bertam Indah   























BIODATA PENULIS:


Nordin Hashim, menetap di Pulau Pinang, Malaysia. Seorang pesara guru. Kini memegang jawatan Setiausaha Dua, Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang(2PNP). Menulis dalam genre puisi, cerpen, skrip drama radio dan novel kanak-kanak. Karyanya pernah terbit di akhbar Utusan Malaysia, Utusan Borneo, Harian Ekspres, Dewan Sastera, Jendela Utara dan beberapa antologi. Buku solonya, Kami Budak F(2015), Geng Budak F(2020), Pengakap Berjasa(2020), Cikgu Rombongan Sekolah(2021) dan Kumpulan puisi Rumah Bonda(2021).

       


















Sedang mengopi bersama Pak Supir di Kota Medan pada, Jun, 2012


Posting Komentar

0 Komentar