005

header ads

Musuhku, Rasuah II Puisi Ooi Kean Hong

 

Ooi Kean Hong - (Malaysia)

MUSUHKU, RASUAH

 

    (Foto: Dokumentasi LAW)

Kekayaan dan kemewahan

mengaburi bayang sebalik kebenaran

permata, harta dan mutiara

suapan demi suapan

merobek amalan besar

yang hanyut dalam lautan insan.

 

Pengkhianatan halimunan

terpesong dari keimanan

mengundang kerakusan

menipu bertopengkan ketelusan.

 

Hilangnya kejujuran

terus hanyut dalam kegelapan

amanah ditelan, dimamah

hingga insan hancur punah.

 

Diterimamu tanpa erti salah

hinggakan nafsu serakah

menggapai harapan megah

di puncak mewah Si Rasuah

 

Pulau Mutiara

(Bayan Lepas, Pulau Pinang)

Malaysia

 

 

Tentang Penulis:

Ooi Kean Hong (Stevinc Boy), sering menulis dengan memakai nama pena Stevinc Boy. Seorang warga pengajar di Malaysia, menetap di Negeri Pulau Mutiara. Mula berjinak pelbagai genre penulisan seperti puisi, sajak, gurindam, haiku dan tanka, pantun, cerpen, anekdot.

No HP: +60 18-203 8775

 

Posting Komentar

0 Komentar